Pages

Jom Backpacker - Seoul, Korea Musim Bunga 2013



Assalamu'alaikum semua,

Berita gembira untuk para pengembara bajet ataupun backpacker. Di sini saya ingin war-warkan yang penyertaan untuk join Jom Backpacker ke Seoul, Korea sempena musim bunga tahun 2013 dibuka sekarang. Dengan harga cuma RM 1,050 seorang (tidak termasuk tiket penerbangan pergi dan balik), kembara selama 5 hari 4 malam ini anda akan dapat menyaksikan keindahan bandar Seoul, dan antara lokasi lawatan yang akan dibawa termasuklah Pulau Nami yang popular dengan fenomena Winter Sonatanya, Masjid Utama Seoul yang terletak di Itaewon, pasar beli belah terkemuka Namdaemun, Myeongdong, dan beberapa lagi lokasi menarik.

Bayaran sebanyak RM 1,050 ini merangkumi:

1) Penginapan selama 3 malam di guesthouse dengan kemudahan WIFI, dapur, mesin basuh
2) Makanan halal
3) Pengangkutan dan tiket masuk ke lokasi-lokasi lawatan

TIDAK TERMASUK:

1) Tiket penerbangan pergi dan balik
2) Duit poket
3) Lain-lain caj yang tidak dinyatakan seperti di atas (sekiranya ada)

Jadi kepada anda yang berminat, yang memiliki bajet rendah tapi teringin sangat nak melancong ke Korea dan saksikan sendiri keindahan musim bunga dengan cuaca yang nyaman (macam jalan dalam aircond), boleh segera hubungi saya untuk tempah tempat anda segera. Tempahan ke Korea ni biasanya memang cepat sold out sebab permintaan tinggi. Jadi ajak rakan-rakan anda, jangan risau tentang waktu solat kerana kita menjamin perjalanan dengan etika tanpa mengabaikan kewajiban agama. Penyertaan ini terbuka kepada lelaki dan juga wanita.

Sekian, terima kasih :-)

47 comments:

Nurul Athirah said...

Biasanya tiket flight brapa?

Abd Halim Ahmad said...

boleh check di airasia.com,
return ticket
KL - Incheon (Seoul)
Pergi: 17 April 2013
Balik: 20 April 2013

nurul farehah said...

:)

Dangerous_Boy said...

tarikh mmg 17-20 April je ea?

Abd Halim Ahmad said...

Kalau nak request special trip pun boleh, kita akan propose jadual trip yang berbeza, tp minimum 10 orang. Harga lain sket.

Story Teller said...

interesting! bila last day untuk confirm? nak kena discuss dulu. ;)

Abd Halim Ahmad said...

selagi x penuh boleh join. Penyertaan terhad kepada 20 orang sahaja.

reyoma said...

asmlkm, halim. ade date yang hri cuti x. Yg 17-20 hr bkerja kan. mmg bmnt sgt tp tau la hr bkeje.

pu3_raudhah said...

Teringin nak pergi tp tarikh tak sesuai..hopefully ade skali lagi between bulan 7-9 next year... :)

Mohd Juzaili Kamaluddin said...

Boleh g jeju island tak

Neurotic Studio said...

Tarikh memang fix 17-20 April 2012. X pergi Jeju Island sebab kena naik domestik flight ke sana

Qila said...

nak tny kalo nk amik this package ..then saya nk stay lagi di korea about a week but just nak guest house je boleh x? sbb susah nk cri guest house..xde tour guide pn xpe~~ nk jalan sendiri.

then nk tnya..saya nak bawa family so, ok x? bukan apa takut this trip is for org muda2..

Dae Eira said...

salam..takde ke pakej winter hujung tahun ni? huhu

lyana said...

sy nk!!

shyra said...

sy berminat

tika mohd said...

berminat..tapi saya seorg jer..ada x org lain yg sorg2 gak join pakej nih?

Abd Halim Ahmad said...

ada peserta yang datang berseorangn, so jangan risau, nanti jumpa geng2 baru. Tu baru backpacker ;)

Abd Halim Ahmad said...

ada peserta yang datang berseorangn, so jangan risau, nanti jumpa geng2 baru. Tu baru backpacker ;)

shyra said...

so cm ne nk join ni?

Abd Halim Ahmad said...

SMS 017 7222 612 UTK SERTAI. TQ :)

Izzat Zainal said...

17 and 20 tu travel day
then yg bebtul jalan 18 n 19?

Abd Halim Ahmad said...

Tarikh dah tukar ke 17-21 April 2012, maksudnya extend sehari. Bayaran jadi RM 1050. (5 hari 4 malam), ada 3 hari waktu jalan penuh.

Qila said...

Nk tny..cmne nk join! kalau saya nk beli tix..nk kena beli yg flight kul bpe?

Ezrina Fairuz said...

saya dh beli tiket musim panas tahun depan...

24/06/13 - 30/06/13

ada pakej pada tarikh ni tak...??
pergi berdua aje..

Abd Halim Ahmad said...

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT NAK SERTAI,SILA MAKLUM TENTANG:

1) RM 1,050 (termasuk MAKAN MINUM, PENGINAPAN, PENGANGKUTAN, dan TIKET MASUK KE LOKASI LAWATAN)
Tidak termasuk TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK & DUIT POKET

2) Untuk sertai boleh bayar DEPOSIT sebanyak RM 500 untuk pastikan nama, balance RM 550 bayar lagi 2 bulan nak pergi

3) Pergi pada 17hb APRIL 2013 (1 flight shj ada dari LCCT--> incheon iaitu pagi)

4) Balik pada 21 April 2013 (juga 1 flight shj ada dari Incheon-->lcct iaitu jam 9am)

Terima kasih =)

Untuk urusan pertanyaan yang lebih cepat boleh add saya di www.facebook.com/halimdevotees2

Abd Halim Ahmad said...

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT NAK SERTAI,SILA MAKLUM TENTANG:

1) RM 1,050 (termasuk MAKAN MINUM, PENGINAPAN, PENGANGKUTAN, dan TIKET MASUK KE LOKASI LAWATAN)
Tidak termasuk TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK & DUIT POKET

2) Untuk sertai boleh bayar DEPOSIT sebanyak RM 500 untuk pastikan nama, balance RM 550 bayar lagi 2 bulan nak pergi

3) Pergi pada 17hb APRIL 2013 (1 flight shj ada dari LCCT--> incheon iaitu pagi)

4) Balik pada 21 April 2013 (juga 1 flight shj ada dari Incheon-->lcct iaitu jam 9am)

Terima kasih =)

Untuk urusan pertanyaan yang lebih cepat boleh add saya di www.facebook.com/halimdevotees2

Mohd Izraai Abd Aziz said...

nampaknya 2013 tuan ulang alik ke korea je :-)
insyaallah trip kita 24-28 mac 2013..

penmerah penbiru said...

salam, nak tanya 17-22 februari ada tak? :)

Abd Halim Ahmad said...

Setakat ni cuma ada bulan 3, 4, dan 11. Yang lain2 insyaAllah akan dimaklumkan :)

Salha Hashim said...

ade kosong lg untuk sy n husband?

tika mohd said...
This comment has been removed by the author.
tika mohd said...

wah..dah kosong 20 tmpt semula..mesti ramai yang join nih

Abd Halim Ahmad said...

Pakej ke-2 dibuka utk ciri2 yang sama. Sesiapa yang berminat bolehla contact 017 6986 765. :)

Future said...

Date yg saudara offer ni...bukan time cuti semester. Tak dpt nk join. Trip utk date 21- 28 April 2013 ade buat tak? If ade...skrg jugak saya booking.
Email: nazatul88@gmail.com
TQ,

Abd Halim Ahmad said...

BERITA GEMBIRA TERKINI :)

Saya dah buka penyertaan dengan harga yang sama iaitu RM 1,050 (tidak termasuk tiket flight) untuk tarikh dari 21 April 2013 sehingga 25 April 2013 (5 Hari 4 Malam) iaitu untuk musim cuti semester bagi pelajar2 universiti.

Kepada sesiapa yang berminat boleh segera hubungi saya, dan try2 la ajak kawan2 lain kot2 ramai yang teringin nak berjalan2 di korea. Simpan duit ptptn tu sket utk sekali sekala melancong dengan bajet rendah tapi menyeronokkan ;) Terima kasih.

017 69 86 765 (sms/call/24 jam)

hatif iezyan said...

pegi tak namsan tower, han river cruise dgn everland?

Mazzy Doyle said...

Musim winter x pegi?

mi$$y^dolce^suzanne said...

Sape plan nk g korea end of march ek?

Bro kalau ade 3 org je nk g u leh provide package ni x?

farah6869 said...

Assalamua'laikum.....kami (3 org)dah book flight to korea dr 11-20apr....looking for ground....your pakej mcm menarik....pls email detail itenary.Tq
asfarhanah@gmail.com

chronicles said...

Assalamualaikum.pls email detail itenary.tq
muhammadhafidzali@ya.com

mojojo said...

As salam bro, nak tanya, ada tak kos2 lain lagi yg kena bayar selain daripada amaun pakage? klau ada bleh bagi anggaran .sangat berminat vatos1979@yahoo.com

Unknown said...

salam,
Bole tak bg itenary. ..sbb kalau bole x nk la pi tmpt2 yg x brape intertg cam war mus. ke...kalau tricky mus tu okay la kot...

sy mcm mojojo jugk nk tau kos2 lain selain amun packge utk senang budget
tq

Wan Maslina said...
This comment has been removed by the author.
@mal33na said...

Assalamualaikum, boleh tau pakej 17-20 april atau 20-25 april nih ada kosong lagi x? untuk sorang je...trimas..erm..camne nak tau itinerary nye ye?

Muhammad Fauzi Abdul Rahman said...

@mal33na pakej musim bunga masih ada dua kekosongan.awak blh tgk kekosongan dibawah iklan pakej tersebut

Cik Epal said...

Assalamualaikum.. nak tanya. trip untuk autumn punya season ada tak? flight tak book lagi. masih dalam perancangan. plan nak pergi dlm bln november kami ada 5 orang. plan nak stay 5h4m @ 6h5m.. so nak tanya, untuk jom bacpacker ke korea ni ade disediakan tak? bagi bulan november
or bulan september (sebelum cuti sekolah)

Wan KuntumSari said...

Salam... Nk tny ada offer x pakej yg tmsuk jeju island?

Sinopsis Blogger

Blogger ini bernama Abd Halim Bin Ahmad. Kandungan blog ini mungkin agak carca marba disebabkan latar belakang penulisnya. I don't know how to describe me in details.

Secara ringkasnya, i am : (1) Graduate in Automotive Engineering, IIUM Gombak (2) Ahli kumpulan nasyid Malaysia, Devo or Devotees (3) Pengarah Urusan syarikat rakaman Neurotic Studio, bertempat di Gombak (4) Penyanyi solo lagu-lagu religi dgn stage name 'Halim Ahmad' (5) Pemilik syarikat Jom Backpacker, sebuah travel agency pengurusan di Korea

-Untuk sebarang urusan persembahan Devo/Devotees, sila contact: 013 257 4857 (En. Kadir)

-Untuk urusan penerbitan lagu/album/tempahan studio rakaman/show Halim Ahmad, sila contact: 011 2211 3622

-Untuk sebarang urusan percutian ke Seoul, Korea boleh contact: 017 6986 765
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates