/
9 Comments

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah..Pada 10-14 September 2012 yang lepas satu lagi kembara telahpun selesai, tapi kali ni dengan tanggungjawab dan peranan yang lebih besar. Buat pertama kalinya saya menganjurkan siri kembara ke luar negara dan memilih destinasi Seoul, Korea sebagai sebuah negara yang menjadi lokasi pelancongan pilihan ramai. Mengetuai 20 orang yang terdiri daripada 18 orang perempuan dan 2 orang lelaki, kami bergerak secara budget traveller atau lebih dikenali sebagai backpacker/bagpacker.

Menginap di area Hongik University, jadual setiap hari kami memang padat, keluar pagi balik lewat petang ataupun malam. Tentatif perjalanan yang fleksibel juga menyebabkan permintaan untuk ke destinasi2 lain bertambah-tambah. Sepanjang lebih kurang 5 hari 4 malam berada di bumi Winter Sonata ni antara tempat-tempat yang sempat dilawati adalah Masjid Utama Seoul di Itaewon, Nami Island, Seoul Tower di Namsan Park, Padlock Bridge di Namsan Park, Insadong, Myeongdong, Namdaemun Market, Cheongyecheon Stream, Muzium King Sejong, Gyeongbokgung Palace, Namsangol Hanok Village, dan Bukchan Hanok Village. Banyak kan? Itulah kelebihan bila mengikuti perjalanan secara backpacker yang fleksibel ni.

Alhamdulillah juga para peserta dapat berikan komitmen yang baik, mereka semua sporting, happening, dan tak cerewet. Jadi segala urusan dipermudahkan dan saya amat-amat berbesar hati dapat mengembara bersama anda semua :-) Terima kasih banyak-banyak.InsyaAllah ada masa dan kesempatan akan datang kita boleh melancong bersama-sama lagi.

Jadi berikutan kejayaan siri Jom Backpacker 2012 ni, saya dah pun buka penyertaan untuk siri ke-2 Jom Backpacker ke Korea untuk musim bunga 2013, dari 17-20 April. Kepada yang berminat boleh hubungi nombor yang tertera pada iklan di sebelah kanan blog ni, dan insyaAllah perjalanan anda akan menjadi 1 kenangan manis seumur hidup.

Akhir kata, thanks so much buat semua pserta Jom Backpacker 2012 ke Korea -Afiqah, Zahidah, Abg Man, Firdaus, Aini, Intan, Muizza, Nadzirah, Puan Suhailah, Ieda, Asy Syuhada, Mazlina, Wani, Azrin,  Azliana, Balkhis, Ain, Hawa, Hajar, dan Faizatul - atas komitmen dan kenangan yang diberikan. Segala kekurangan dan kelemahan saya pohon ribuan ampun dan maaf, atas gurau dan terlepas kata, harap dapat dilupakan. Gembira dapat melancong bersama anda semua. Sekian, terima kasih dan assalamu'alaikum :-)

p/s: To Aswad Khawarie juga sebagai rakan yang banyak assist saya sepanjang perjalanan, thanks der! ;-)


You may also like

Assalamu'alaikum, Alhamdulillah..Pada 10-14 September 2012 yang lepas satu lagi kembara tela...

9 comments:

Airieyahh Aider said...

Bestnya! insyaallah. if ada rezeki, nak jugak join! :)

Nur Asy Shuhada said...

serius bes..!! sile join next time..

wani hazwani mutiara pemberian said...

best sangat!!!!!

intan said...

wah best2..mcm nak join jer..

safiyya said...
This comment has been removed by the author.
Cikgu Fikri said...

bestnya...
huuhuhuh..

pssssst: baru jumpa semalam kat IPG KPI BANGI.. huuhuhu :)

Mohd Izraai Abd Aziz said...

insyaallah, 24-28 mac 2013 cuti skolah nak ke sana.. tuan halim yg tlg uruskan :-)

NotaHati said...

kalau termsuk tiket prgi blik,agak2 berape ye?? time kasih

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.