/
3 Comments
Assalamu'alaikum semua,

Hari ni dah berada di tebing 2012 dan esok insyaAllah akan menjengah ke 2013. Masing2 sibuk post di  Facebook & Twitter tentang azam tahun baru, dan tak kurang gak yang share apa kenangan-kenangan manis sepanjang 2012 ni. Dan hatiku ini sebenarnya secara tiba-tiba terasa ingin turut sama mencoretkan sedikit sebanyak kenangan sepanjang tahun ni. Yup, memang sedar tak sedar sebenarnya banyak yang indah berlaku. Mungkin tak habis story tapi sekurang2nya kalau ianya tercatat tu maksudnya memang sentiasa lekat di ingatan lah kan.

Ok jom kita kenang-kenang semula tahun ni bermula dari awal tahun...

JANUARI 2012:
Emm..rasanya nothing special kot bulan ni utk dikenang kembali..


FEBRUARI 2012:


Yes of course ada, dan saya dah pun post kat blog ni iaitu tentang perjalanan ke Beijing, China dalam musim sejuk. Apa yang Yang Terindah sangat? Sudah tentulah sebab ini adalah kali pertama melancong ke negara org dalam musim sejuk dan walaupun tak bersalji, banyak pengalaman baru, gambar2 yang menarik, dan ...emmm..ah memang best lah! :)


MAC 2012:

Masih juga segar dalam ingatan kembara utk buat show di Selatan Thailand sebagai sessionist UNIC. Walaupun pegi dalam keadaan terburu2, tak dirancang, dan terpaksa 'belot' dengan group sendiri (hahaha), saya masih rindukan masakan-masakan tomyam di sana, keadaan semasa mengadakan persembahan di sana, layanan yang diterima, dan alhamdulillah masih lagi mengekalkan hubungan persahabatan dengan kenalan2 Thailand sehinggakan Devotees telahpun diundang mengadakan persembahan di sana  insyaAllah pada 1-3 Februari 2013 ini :)



Selain itu, bulan ni juga saya pertama kali ke Bandung, Indonesia dengan makcik dan adik perempuan. Tujuannya? Ya of course nak berjalan & shopping. Awalnya saya tak excited pun nak pergi sebab next month akan ke Korea, tapi apakan daya, nafsu shoppingku ini tak dapat dibendung semasa di Bandung..hoho. Asyik swipe card je..Mujur pakai debit card. Kalau pakai credit card memang bulan depan makan maruku jelah jawabnya..Oh yes, Bandung memang tempat percutian yang i think makanan pun ok, tempat2 lawatan yang menarik pun banyak, shopping sudah tentulah terbaik juga..InsyaAllah akan ke sana lg tahun depan :-)


APRIL 2012:

Bulan ni memang takde acara lain la yang dalam kenangan selain ke Korea dengan geng2 Devotees ditemani Ust Azhar, Cik Mah, dan Aswad. Nampak macam belanja by company kan? Tapi tidak sebenarnya, Asalnya saya je plan nak gi dengan Ust Azhar utk survey2 beberapa business, tapi mereka2 ini pun nak join gak, dan last2 semuanya pergi. Bagusla, lagi happening kan. Dan alhamdulillah gak rezeki Devotees utk diundang buat show di sebuah universiti sempena satu program anjuran anak2 Malaysia. Ha kan best show kat Korea..Artis nasyid lain tak pernah beb...hehe :p

MEI 2012:

Bulan ni merupakan bulan yang sangat2 istimewa for me kerana meraikan ulang tahun kelahiran beberapa insan yang sangat saya cintai. Dan of course bulan Mei tahun ni lebih indah dengan kelahiran Hana Rafilah, my anak sedara yang cumil cumil cumil! :) Sepatutnya lahir lagi sebulan, tapi terawal keluar la pulak. Mula-mula rasa biasa je dapat tahu akak lahirkan anak sedara yang pertama ni, tapi once saya dah tengok sendiri baby nyer, ohh then i felt i'm a pakcik now..hihi :)

JUN 2012:

Setelah melalui proses penapisan ke tahap maksima, akhirnya bulan ni saya pilih utk upload MTV Message Undelivered yang menampilkan awek Korean sebagai heroinnya. Memang ramai yang tegur samada secara public atau private, tp i think mesej yang nak disampaikan jelas. Takpe, pendapat orang lain2 kan. Apa2pun seronok sebab i think this is the first ever Malaysian music video features a korean as model. Ye kot...


Oh ye, sekarang my company Neurotic Studio dah berpindah daripada sebuah 'home studio' ke bangunan baru di Prima Sri Gombak. Alhamdulillah..Setelah beberapa tahun beroperasi, Allah buka peluang dan ruang untuk kembangkan bidang ni dengan peningkatan setingkat lagi.



JULAI 2012:
Kita dah stat berpuasa kan..Dan puasa tahun ada satu perkara istimewa yang saya tak akan menyesal seumur hidup, malah saya bersyukur kerana bulan ini Allah uji dengan satu ujian yang sangat berat, saya perlu buat keputusan dengan tepat, dan alhamdulillah, Allah bantu. I think di sini titik permulaan kegembiraan sebenar saya untuk tahun ni =)


Julai ini juga terbitnya album solo saya yang pertama, Zikir Para Perindu Syurga. Produksi 100% keluaran Neurotic Studio ini juga sedikit sebanyak membantu perkembangan karier nasyid saya. Alhamdulillah..alhamdulillah :)


OGOS 2012:

Kita beraya! Raya semakin meriah di rumah dengan kehadiran Hana Rafilah.


SEPTEMBER 2012:

My very first trip membawa rombongan Jom Backpacker ke Korea. Nervous, of course. Tanggungjawab yang sangat besar. Perlu menguruskan manusia pelbagai ragam, kerenah, perasaan, dan keinginan. Apa2pun alhamdulillah. ujian dan dugaan tu memang adat, tapi Allah memang banyak bantu memudahkan saya buat keputusan segera bagi melancarkan keadaan. Terima kasih semua peserta Jom Backpacker september 2012. Korang memang best & happening :)


OKTOBER 2012:
Apa yang istimewa ye tahun ni? Hehe..Ada la beberapa event. Salah satunya sudah tentu my besday 20 okt ;p Sebenarnya biasa je, tapi bila disambut dengan orang2 yang istimewa di sekeliling kita, ianya jadi terlalu indah!

Dan satu lagi, my convocation..hihi. Ramai yang bertanya suruh upload gambar la, dan memang saya x pernah upload di mana2 lagi gambar my convocation. Tapi bersempena dengan posting hujung tahun ni, saya letak gak di sini utk tatapan mereka2 yang tersangat sangat saaaanggaaaatt nak tengok (ayat bajet femes..hihi).



NOVEMBER 2012:
:) :) :) :) :)

DISEMBER 2012:
Ada ke ? Hehe, adaaaaa...tapi semuanya terlalu indah untuk dikongsi. Tunggu masa je ye. Hoho :)

Sekian, jumpa lagi taun depan. Assalamu'alaikum :-)


You may also like

Assalamu'alaikum semua, Hari ni dah berada di tebing 2012 dan esok insyaAllah akan menjengah k...

3 comments:

Nurhanisah (Anis Artslife) said...

yang bulan november tu banyak sangat gambar senyum..jeng3x...haha

nadiRASUL@iman said...

wah, muka student habes kat gambar convo tu abg halim~ tahniah tahniah tahniah! anyway semoga 2013 will bring u many more success and happiness. Allah bless ya!

puteridunia said...

em,,byk pegi jalan thun 2012 nie,bgus2,jauh perjalanan luas pengetahuan
moga terus sukses utk thun 2013.yeah!!(",)