/
10 Comments

Assalamu'alaikum semua,

OK kali ni berita menarik untuk anda yang berminat nak sertai team Jom Backpacker ke Korea, kalau sebelum-sebelum ni cuma ada waktu yang tak berapa nak cuti sekolah, tapi kali ni saya buka 1 lagi trip memang khas dalam cuti persekolahan iaitu Pakej Cuti Persekolahan 5 hari 4 malam ke Seoul bermula 25 hingga 29 Mei 2013.

Dengan harga serendah RM 1,050 pakej ini menawarkan 'ground' iaitu termasuk:

1) Penginapan di Guesthouse dengan kemudahan WIFI, mesin basuh, peti ais, TV, dan lain2

2) Makanan dan minuman halal

3) Pengangkutan dengan subway

4) Tiket masuk ke lokasi-lokasi lawatan seperti Pulau Nami (Winter Sonata), Gyeongbokgung Palace, dan lain2


Juga dimaklumkan harga ini TIDAK TERMASUK:

1) Tiket penerbangan pergi balik

2) Duit poket

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara lokasi-lokasi lawatan kita nanti ialah;

1) Masjid Utama Seoul, di Itaewon

2) Seoul Tower, di Namsan Park

3) Gyeongbokgung Palace

4) Cheongyecheon Stream

5) Pulau Nami

6) Insadong

7) Myeongdong

8) Namdaemun Market

dan banyak lagi...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

OK, beberapa soalan yang sering diajukan kepada saya, contohnya:

1) Tiket penerbangan pergi/balik, kena beli sendiri atau saya tolong belikan?

Jawapan: 
Dua-dua boleh. Kalau anda biasa beli tiket sendiri, better begitu. Tapi kalau nak saya tolong belikan pun boleh, saya akan tengok harga tiket semasa, dan saya akan bagitau berapa total harga tiket then anda masukkan duit ke no. akaun bank yang saya berikan untuk saya uruskan pembelian tiket

2) Boleh ke saya naik MAS selain daripada Airasia?

Jawapan:
Boleh. Tapi lebih digalakkan naik Airasia sebab kebanyakan peserta akan naik Airasia. Jadi lebih mudah nak berkumpul dan disambut di Incheon Int Aiport nanti.

3) Takde diskaun ke untuk kanak-kanak??

Jawapan:
Untuk kanak-kanak berumur BAWAH 2 TAHUN, 50% diskaun diberikan

4) Bila tarikh tutup penyertaan?

Jawapan:
Tiada tarikh tutup. Bila kuota 20 orang dah penuh automatically saya akan tutup penyertaan. Siapa cepat dan bayar deposit dulu, dia akan dapat tempat, insyaAllah.

5) Kami suami isteri, boleh ke kami dapat sebilik?

Jawapan:
Boleh, tapi caj tambahan akan dikenakan memandangkan harga bilik private adalah berlainan.

6) Saya sorang je yang akan pergi. Boleh ke? Atau saya perlu cukupkan beberapa orang??

Jawapan:
Berseorangan pun kami terima sebab memang kebanyakan peserta yang sertai Jom Backpacker ini merupakan backpacker yang datang secara berseorangan. Nanti anda akan berkenalan dengan ramai rakan baru.

7) Kami ada group seramai 8-10 orang, boleh ke kami nak plan trip kami sendiri?

Jawapan:
Dengan ahli kumpulan minimum 11 orang, saya akan menyediakan 1 pakej khas mengikut kehendak anda; tarikh, lokasi lawatan, penginapan, aktiviti, semuanya mengikut perancangan anda dan saya akan berikan harga terbaik dan terendah tanpa mengabaikan kepuasan pelanggan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah, untuk apa-apa pertanyaan lanjut, boleh terus emelkan ke JOMBACKPACKER@GMAIL.COM atau sms/call terus ke no. 017 6986 765.

Terima kasih :-) Assalamu'alaikum.


You may also like

Assalamu'alaikum semua, OK kali ni berita menarik untuk anda yang berminat nak sertai t...

10 comments:

Pen Biru said...

assalam..alamak..ruginya x dpt join sbb 29hb 5 tu sy baru smpai malaysia..sy aka mnrjakna umrah pd 17mei hingga 28mei..

harap akan ada lagi lepas ni..utk tahun ni..pleaseeeeeeee... :)

hazimahmohamad said...

Salam...abe halim...deposit sama eh?RM500???

Syuhada Salleh said...

trigin nak p..tp time tu dah stat sem bru..huhu..

Abd Halim Ahmad said...

join la masa cuti semester :)

Abd Halim Ahmad said...

0deposit sama cik hazimah rm500 :)

aqilah said...

Sy akan ke korea pd 10-14mei 2013 utk 2 org.

Bole bg sebut harga?

Tq

aqilah said...

Di alamat email qillobo_ladyinredz@yahoo.com

Jack Johan said...

harap en halim buat bulan enam yea. sgt nak join!

Epullz Epil said...

Bulan 9 buat bile??

Syazani Hamzi said...

Salam..
Agak2 ada lagi tak trip yg mcm ni?
agak berbaloi kalau tgk aktiviti nie....