/
2 Comments

Assalamu'alaikum,

Gempak tak tajuk? Ha macamana, dah tengok ke video ni? Mesti kebanyakan rakyat Malaysia yang aktif ber'Youtube' dan ber'Fb' kenal siapa Bobo ni. For me personally kadang2 terhibur gak tengok video parody Sayang dia tu sbb memang x tahan tergelak-gelak. Tapi bila fenomena sudah menjadi virus yang merebak sehingga ke dalam institusi pendidikan, di mana kredibiliti para pendidik lebih-lebih lagi yang perempuannya kita tengok semua bertudung sempurna. Tercabar & tercalar sungguh!

Allahu akbar. Mungkin sebab nak raikan hari guru, cikgu-cikgu pun turut enjoy, jadi la sporting sekali sekala untuk berseronot-seronot dengan anak2 murid, tapi ni siap panggil Bobo lagi, depan semua student buat aksi2 parody Sayang yang saya rasa paling tidak pun cikgu-cikgu tu tak payah la buat sama, biar Bobo je yang buat. Nampak sama level ilmu mereka nanti. Huhu, maafkan saya cikgu-cikgu sekolah berkenaan -_-

Apa-apahal pun mungkin cikgu-cikgu ni terlebih suka kot sebab diraikan, jadi kadang2 kita ni sebagai manusia memang ada tersilap langkah, perkara yang asalnya kita rasakan kecik jadi heboh dek kerana ianya dibawa ke skop yang lebih luas. Bila dah ada handphone dan aksi masing2 dirakam, pelbagai tafsiran termasuklah kejian dan persepsi negatif yang terpaksa diterima. Semoga isu ni boleh jadi pengajaran kepada sekolah berkenaan dan institusi2 pendidikan yang lain. Bajet sekolah masih banyak lagi boleh digunakan utk manfaat para pelajar, panggil pelawak2 solo yang boleh bagi input positif melalui outstanding comedy macam Afdlin Shauki pun okay kalau taknak panggil penasyid sekalipun..hehehehe

Tambahan sikit, bayangkanlah di peringkat sekolah pun dah masuk unsur2 hedonisme sebegini, macamana la anak-anak didik ni nak menghadapi dunia universiti yang memang kita sedia maklum tak terbendung konsert-konsert yang jemput artis pelik-pelik, pergaulan yang tidak terbatas, dan macam-macam lagi.

Semoga kita selalu bermuhasabah, tahu beza baik dan buruk, dan sentiasa perbaiki diri, mudah-mudahan jadi insan yang berguna buat semua, saling memberi manfaat dan mengambil manfaat. Okay u ols, sekian dan assalamu'alaikum :-)


You may also like

Assalamu'alaikum, Gempak tak tajuk? Ha macamana, dah tengok ke video ni? Mesti kebanyakan rakyat Malaysia yang aktif ber'Youtub...

2 comments:

Fifi Nur 'Aqilah Yusof said...

setuju.
tak salah pun sebenarnya untuk meraikan, tapi biarlah kena tempat dan caranya.
biarlah cara itu dapat membawa manfaat dan motivasi, bukan sekadar hiburan kosong :)

Piter Turek said...

Good post. I like it. It was interesting to read it. Great thank's author for sharing…

writing-essay.org