/
2 Comments
Assalamu'alaikum,

Apa khabar semua? Ok kali ni rasanya macam nak 'bergossssipp' sket lah kan..hahaha..Actually takde lah gosip sangat pun, cuma dek terlalu muak dengan cerita yang hampir sama keluar paper setiap hari.

Anak Vs Emak

Ehem..lately kisah seorang pelakon yang saya memang tak kenal, muka tu pernah la nampak, tapi menjadi famous sebab kes gaduh dengan ibunya sendiri..You know who kan..hehe

Saya taknak ulas isu tu sebab ni bukan blog gossip okayyy, kalau nak gossip2 sila ke beautifulnara. Hoho. Saya nak beri pandangan je tentang isu ni. Pada saya, in everything you do sampai emak sendiri pun dah boleh hentam melalui media, memang itu adalah keputusan terakhir yang seorang mak akan buat setelah anak tak sedar2 diri, lebih2 lagi anak ni public figure, memang mengaibkan dan saya berfikir macamana la kekasih hatinya tu yang turut sama campur tangan dalam ketegangan yang berlaku dalam keluarga lelaki ni, one day nanti nak mengadap emak lelaki ni dan tampil sebagai bakal menantu. Saya rasa ianya sesuatu yang agak memalukan

Apa-apahal pun untuk semua pembaca dan untuk renungan diri saya sendiri, awek tu boleh dicari, tapi emak memang tiada penggantinya. Berlapang dada lah bila menerima teguran, merendah diri lah memohon maaf, dan elakkan terjadi musibah dan fitnah yang lebih besar. Orang yang melihat dari jauh bertepuk tangan melihat keruntuhan akhlak anda. Ingatlah, kalau awek marah kita masih boleh masuk syurga lagi, (kecuali awek marah sebab kita taknak solat), tapi bila emak mengalirkan air mata kerana hatinya tertusuk duri dek perbuatan anaknya, bau syurga pun tak sampai pada kita. Sila renung-renungkan ye.

Ditangkap Khalwat, Tunang Tetap Setia

Okay, opssssss!! tak habis sampai cerita itu..One more story yang saya rasa nak jadi reporter gak pada penulisan kali ni, hehe, iaitu kes seorang pelakon lelaki ni ditangkap khalwat, yang mana memang telahpun disahkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri. Yang menariknya ialah, dia ditangkap dengan perempuan lain, DAN tunangnya sendiri masih menaruh kepercayaan yang tinggi pada si lelaki ni. Allahu akbar. Betapa besarnya cinta dan kepercayaan tunangannya ni sampai dah jadi sebegitu pun masih setia di sisi lelaki ni.

Pandangan peribadi saya, untuk wanita2 pembaca blog saya ni yang mungkin dah berpunya dan sedang menuju ke alam rumahtangga, samada dah berkawan dan sedang merancang ke alam perkahwinan, ataupun yang sedang bertunang, ini adalah tanda2 atau petunjuk yang Allah nak bagitahu kita tentang siapa pasangan yang akan kita nikahi.

Dalam tempoh pertunangan yang mana kita sangat2 digalakkan utk tidak menghebohkannya, kita diberi peluang oleh agama utk mengenali hati budi tunangan kita dengan ada landasan yang digariskan, dan adalah tiada apa yang perlu dimalukan sekiranya pertunangan itu putus di tengah jalan. Ini kerana pertunangan itu rasulullah kata kena rahsiakan, kalau tak jadi so takpe, bukan jodoh kita, no big deal sampai nak malu satu kampung.

Yang jadi masalahnya ialah pertunangan dicanang macam dah kahwin, kemudian mungkin tiada jodoh, maka pertunangan putus di tengah jalan, itu memang akan terpalit tompok hitam dalam hidup kita atas asbab kita sendiri yang memulakannya dengan fitnah. Kita dan family sendiri malu pada orang2 lain.

Sebab tu apa yang digariskan oleh Islam itu sangat indah dan memang bertujuan menjaga maslahah atau kepentingan umatnya. Mungkin sesetengah kita agak terkeliru dek ADAT dan SYARIAT. Adat hanya membezakan kita mengikut keturunan dan suku kaum, tapi syariat membezakan kita dengan agama lain, dan secara tidak langsung membezakan antara penghuni syurga atau penghuni neraka.

Sekian gossip bermoral daripada saya. Hehe. Semoga ada manfaat dari perkongsian ini. Terima kasih kerana membaca. Jupo lagi deh. Assalamu'alaikum ;-)



Trivia Halim Ahmad:
Sekadar perkongsian, saya mula menghubungi isteri saya ini sebelum kami berkahwin pada Ramadhan 1434H (sekitar Julai 2012), terus berjumpa dan menziarahi  ayah serta keluarganya sendiri pada 31 Ogos 2012,  kemudian keluarga kami bersetuju untuk kami bertunang pada 16 November 2012, dan bernikah pada 9 Februari 2013. Tarikh pertunangan kami almost genap 3 bulan dan terus melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah, bila perkara baik itu dilaksanakan dengan cepat, Allah mempermudahkan ia dengan semudah2nya dan mengelakkan fitnah antara kami. :)


You may also like

Assalamu'alaikum, Apa khabar semua? Ok kali ni rasanya macam nak 'bergossssipp' sket lah kan..hahaha..Actually takde lah gosip...

2 comments:

Sarah Azizul said...

amboiii, bukan main gosipnya.

anak muda, sayangi ibu bapa.

ibu bapa, jangan kerana dikaburi duit, anak-anak jadi mangsa.

sekian,

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.