/
1 Comments
Suatu masa lalu yang tak berapa nak jauh dari masa sekarang, saya ada berjumpa seorang wanita ni atas urusan kerja. Kalau ikutkan memang dah kategori makcik, tapi mungkin dia tak perasan kot sekarang dah masuk tahun 13 tahun melepasi millenia, so dia membahasakan dirinya akak sahaja. Ok lah takde masalah pun kak...

Perangai Akhlak akak ni lain macam sikit. Gaya cakap macam orang ada ilmu agama, tapi yang tak seronoknya banyak pulak ayat-ayat yang terpacul dari mulut dia seolah-olah letak bakul kain dalam lif, pastu masuk dalam bakul tu, then tekan butang naik tingkat paling atas sekali. Paham kan? 

Tengah berbincang tetiba termasuklah sekali isu kehidupan seharian. Saya cakap lah yang tengah sibuk betul sekarang ni, lagi pulak dah lepas kahwin ni kena serius lah tentang hal ehwal rumahtangga. Dialog kami lebih kurang camgini:

Me   :   "Busy sketla kak sekarang ni, baru lepas kahwin pun banyak kena kerja sana sini..bla bla bla.."
Makcik aka Akak : "Ha tu la, sapa suruh kahwin awal sangat .."
Me   : "Awal apanyer kak, saya dah umur 27 tahun ni, tak lama dah nak masuk 30"
Makcik aka Akak : "Huh..akak kalau diberi pilihan sekarang, AKAK TAKNAK KAHWIN, BIAR MEMBUJANG SAMPAI SEKARANG sebab boleh bla bla bla.."

Saya terkedu gak kejap dengar ayat akak tu. Dengan mimik mukanya, intonasi suaranya, kita terdengar macam dia menyesal dengan perkahwinan tu. Lebih-lebih lagi pulak alasan yang diberikan macam tak puas hidup kat dunia ni. Saya tak dapat bayangkan macamana lah kalau anak-anak dia dengar emaknya cakap macamtu. Seolah-olah macam tak redha dengan kelahiran diorang, tak redha dengan kehidupan rumahtangganya. Walhal saya rasa suami dia mungkin okay memandangkan everything suami dah sediakan. Oh ye, kebetulan akak ni menelefon suaminya dan cara percakapannya, melenting-lenting telinga saya dengar. Macam suami tu takde perasaan.

Mudah-mudahan ALLAH melembutkan hati akak tu supaya sekurang-kurangnya dia rasa menyesal sebab dah terlepas cakap dan takkan ulangi lagi. Bayangkanla kalau depan suami dia cakap macamtu, dan suami dia plak jenis hati touching macam diriku ini, memang dan dan time tu gak usung beg trolley balik kampung. Buat semua pembaca yang disayangi khususnya yang dah berkahwin, kalau kita redha dengan pasangan kita yang redha dengan kekurangan dan kelemahan kita, itu tandanya ada rahmat ALLAH dalam rumahtangga yang kita bina. Sekian motivasi diri. Hehehe. Assalamu'alaikum ;-)


You may also like

Suatu masa lalu yang tak berapa nak jauh dari masa sekarang, saya ada berjumpa seorang wanita ni atas urusan kerja. Kalau ikutkan memang dah...

1 comment:

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.