/
3 Comments
Assalamu'alaikum,

Kali ni nak share sikit tentang kehidupan lepas perkahwinan. Tapi sikit je tau. Takley lebih-lebih. Hehe.

Ok perkahwinan sememangnya antara syariat Islam yang indah bila kita dapat perbaiki kehidupan kita jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Ni adalah contoh-contoh yang saya dapat rasakan sangat mengubah cara hidup lepas bergelar suami dari segi PERBELANJAAN. Antaranya:

1) Perbelanjaan Barang Dapur  - Berbelanja di Pasar Segar yang Murah

Of course masa bujang banyak makan kat kedai. Sekali sekala tu memang la ada gak masak kat rumah. Tak dinafikan saya ni memang ada bakat terendam bab masak memasak ni, cuma tak kan la nak membeli barang2 dapur utk masak makan sorang2, pastu belanja lebih daripada makan kat kedai. So kesan positifnya ialah duit ada sedikit la jimat, oh ye dan juga gas masak pun rasanya waktu tu pakai dekat 2 tahun pun tak pernah tukar. Ha Ha.

After Married, perbelanjaan jadi utk 2 orang. Sarapan berdua, lunch berdua, dinner pun berdua. Jadi kalau nak makan kat kedai memang sangat la tidak berjimat. Jadi di sini apa yg dipelajari ialah kena jugak beli barang dapur dan masak di rumah. Alhamdulillah, dapat isteri yang comel dan pandai masak, walaupun suaminya memang berbakat, tapi kita bagi chance isteri utk tunjuk terer depan suami. Oh ye, pointnya ialah saya nak bagitau disebabkan kena selalu berbelanja barang dapur, maka memang kena cari pasar yang murah & segar. So untuk area kami tinggal di Gombak ni memang famous dengan pasaraya NSK. Bukak 24 jam, semua jenis seafood.sayur dan buah-buahan ada, harga memang murah. Sampaikan kami dah buat membership card. Kadang-kadang tu shopping pukul 12 tgh malam. Sweet kan :)



2) Perbelanjaan Barang Yang Tak Perlu Mahal - Elakkan Pembaziran

Sebenarnya tak tau nak bagi definition apa untuk yang ni, tapi insyaAllah contoh2nya mudah difahami. Kalau sebelum kahwin, kat rumah kita ni sabun basuh pinggan tu mestila berjenama popular macam Axion, sebabnya mungkin dah terbiasa nampak iklan tu sejak kecik lagi, so mind set dah susah nak ubah.

Tapi After Married, saya dapati yang sebenarnya banyak perkara atau benda yang digunakan dalam kehidupan ni, tak perlu yang mahal atau berjenama sebab ianya hanyalah satu pembaziran.

Antara contohnya ialah sabun pencuci pinggan. Kalau dulu guna Axion yang gel besar punya lebih kurang RM 6-8 kot (tak berapa ingat), tu pun tak tahan lama. Tapi sebenarnya ada je kedai2 yang jual sabun gel kurang berjenama dalam tong besar 10 liter, harga cuma RM 11 je. Ha, tak ke jimat tu? Bayangkan dah 3 bulan lebih gak ni pakai tapi tak sampai setengah tong tu habis. Makan hari2, basuh pinggan hari2, tapi masih banyak lagi stok.

Kemudian contoh lain ialah plastik sampah, buatpe la nak cari yang berjenama & mahal sedangkan nak buat isi sampah je, pastu buang jugak. Lagi pewangi tandas, sabun basuh lantai, dan banyak lagi. Dalam sedar tak sedar sebenarnya kita dah berjimat banyak melalui perkara2 macamgini.



3) Utamakan Produk Makanan Muslim

Masa bujang ada lah juga selalu beli produk2 Muslim contohnya keluaran HPA mcm Radix, dan adik beradiknya lagi. Tapi taklah jadikan jati diri kita untuk support produk tu betul-betul punya.

After Married, alhamdulillah rasanya tak salah kita utamakan produk orang Islam sendiri walaupun nak compare harga agak mahal (setakat dalam beberapa sen), tapi inilah antara sebab utama untuk majukan perniagaan umat Islam. Ini juga dilakukan bersempena kami start boikot beberapa produk yang memang umum ketahui support yahudi dan Israel. InsyaAllah kami dah cuba tak beli antaranya maggi (kalau nak beli pun yang lebih kurang tapi bukan keluaran nestle, mcm maggi tu sendiri), sardin (adabi pun ada sardin sendiri, sedap jugak!), kicap, dan beberapa yang lain. McDonalds of course memang saya dah lama tak masuk. Makan burger bakar lagi bagus. Ha Ha.

Baiklah, ni antara perkongsian yang mungkin boleh dijadikan panduan bersama. Banyak lagi yang akan dipelajari as time passes by. Apa yang penting ialah rumahtangga yang ekonomi tidak diuruskan dengan baik memang sedikit sebanyak akan lebih teruji. OK terima kasih kerana membaca. Assalaaaaaaaamu'alaikum :)


You may also like

Assalamu'alaikum, Kali ni nak share sikit tentang kehidupan lepas perkahwinan. Tapi sikit je t...

3 comments:

zul majdi said...

haihhh anta buatkan saya rasa nak kawen sekarang ni...haha

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Ginny Laura said...

WOW Keren nie artikelnya
Sambil baca artikel ini, Aku numpang promosi deh !
Agen Bola, Bandar Bola Online, Situs Taruhan Bola, 7meter