/
0 Comments
Assalamu'alaikum semua,

Salam ramadhan & alhamdulillah sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh kemuliaan ni. OK saya taknak cakap banyak2, cuma nak wish kepada semua semoga ramadhan kali ni lebih baik dari sebelum2 ni, mudah-mudahan azam kita yang nak khatam al Quran 30 juzuk, dapat tunaikan solat tarawih setiap malam, dapat banyakkan amalan bersedekah, dan lain2 tu, dimakbulkan Allah, insyaAllah.

Ok now nak share lagu lama yang tetap segar dalam ingatan, hasil ciptaan saya dan dinyanyikan oleh kami Devotees. Dengarkan yang pertama RINDU RAMADHAN :-)


Then dengar pulak yang kedua, lagu terbaru dari kami. Baru-baru ni dalam bulan ramadhan gak kami berkumpul, meeting setelah sekian lama tak bersua sebab masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri, dan alhamdulillah sambil-sambil tu sempat la buat sesuatu yang sedikit sebanyak bagi orang ingat lagi kat kami ni. Jadi terhasillah 'Selawat Ramadhan', yang dihasilkan dalam masa 1 malam, dengan proses recording nya, buat lirik masing-masing, semalaman gak tak tido, pastu sehari saya perlukan untuk mixing, mastering, dan edit video, semuanya khas untuk semua peminat-peminat Devotees. Ok lah, banyak pulak cakap, jom terus dengarkan, SELAWAT RAMADHAN :-)



You may also like

Assalamu'alaikum semua, Salam ramadhan & alhamdulillah sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh kemuliaan ni. OK saya...

No comments: