/
0 Comments
Assalamu'alaikum,

Apa khabar semuanya? Selamat Tahun Baru 2014. Semoga tahun baru bukan sekadar peralihan angka tetapi kita akan manfaatkan betul-betul setiap detik yang dilalui.

Alhamdulillah, tahun 2013 yang lalu memang banyak kenangan pahit manis yang dilalui, dan antara perkara terbaru yang saya kira antara saat terindah dalam hidup ini bilamana saya telahpun bergelar seorang ayah. Alhamdulillahi rabbil 'alamin.

Terima kasih buat isteri tercinta yang menanggung semua kesakitan sepanjang mengandungkan anak kecil ini sampailah saat-saat nak dilahirkan ke dunia saya sendiri melihat macamana isteri ni 100% bertarung nyawa demi menyambung zuriat kita.

Ok tak sempat sebenarnya nak taip panjang2 sebab masih ada kerja yang wajib diutamakan. Sebagai ringkasan pengenalan, ini dia gambar anak sulung saya, seorang putera, insyaAllah mujahid yang akan jadi ahli masyarakat yang berguna pada agama & bangsanya. Nama diberi MUHAMMAD ALEXANDER AL FATEH BIN ABD HALIM. Dilahirkan pada 25 November 2013, jam 10.38 mlm, di Gombak Medical Centre (GMC), dan dilahirkan secara normal.

Nama cam omputeh sket..hehe..Biasalah setiap ibubapa ada impian untuk namakan anaknya sendiri sejak dari zaman bujang lagi kan..Jangan tipula korang yang belum kahwin ni tak pernah terpikir :p Tapi pada saya apa pun nama yang diberi yang paling penting ialah cara kita mendidiknya. Nama ni saya gabungkan nama junjungan besar Nabi S.A.W, Alexander (sebutan omputih bagi Iskandar, seorang tokoh pejuang dan pemimpin Islam, Iskandar Zulkarnain), dan Al Fateh (Muhammad Al Fateh, tokoh pejuang & pemimpin Islam yang telah menawan Kota Constantinople).

Image and video hosting by TinyPic

Ok sampai sini dlu, insyaAllah banyak cerita menarik nak share & #throwback tahun 2013 yang lalu. Sekian, semoga Allah memberkati kita semua dalam setiap nafas yang dihela. Terima kasih & assalamu'alaikum :)


You may also like

Assalamu'alaikum, Apa khabar semuanya? Selamat Tahun Baru 2014. Semoga tahun baru bukan sekada...

No comments: