/
0 Comments


1) Umum sedia maklum 25 Mei 2014 yg lepas Malaysia telahpun tumpas kepada Jepun 3-2 dalam kejohanan badminton Piala Thomas 2014 menjadikan Jepun melakar sejarah buat pertama kalinya menjulang piala tersebut.

2) Kali terakhir Malaysia membawa pulang Piala Thomas ialah pada tahun 1992 iaitu buat kali ke-5. Sehingga kini telah 22 tahun kita tidak berpeluang memilikinya kembali. Kali terakhir kita masuk final pada 2002 menentang Indonesia, tapi tewas 3-2

3) Sebagai info, Piala Thomas ialah pertandingan yang menentukan kekuatan sesebuah pasukan/Negara dalam badminton. Ada 5 perlawanan; Dimulakan dengan perseorangan pertama, regu pertama, perseorangan kedua, regu kedua, dan perseorangan ketiga. Setiap pasukan yang menang akan diukir nama Negara & tahun kemenangan pada piala Thomas itu sendiri.

4) Pada kejohanan Piala Thomas 2014 skuad Malaysia telah meletakkan barisan pemain seperti berikut:

 (i) Perseorangan pertama: Dato’ Lee Chong Wei
 (ii) Regu pertama: Tan Boon Heong & Hoon Thien How
 (iii) Perseorangan kedua: Chong Wei Feng
 (iv) Regu kedua: Goh V Shem & Tan Wee Kiong
 (v) Perseorangan ketiga: Liew Daren


Dato' Lee Chong Wei, pemain perseorangan pertama negara dan ranking #1 BWF


Perlawanan Peringkat Kumpulan

4) Pendapat peribadi saya sepanjang mengikuti perkembangan skuad Malaysia yg diketuai oleh Liew Daren, di peringkat kumpulan Malaysia mmg tiada masalah utk mara ke peringkat-peringkat seterusnya, melainkan kita memang agak bimbang dengan pasangan regu pertama iaitu Tan & Hoon, dan juga perseorangan ke-3 iaitu Liew Daren sendiri yang prestasi agak tidak konsisten.

5) Pasangan Tan & Hoon merupakan gandingan senior dan junior, jadi mungkin agak ada jurang di situ yang kita boleh lihat banyak tidak sefahaman semasa dalam perlawanan.

Regu pertama, pasangan senior dan junior, Tan Boon Heong & Hoon Thien How


6) Liew Daren menampilkan corak permainan yang sangat lemah, lambat, dan jelas mental tak cukup kental selepas 2 kali tewas pada pertemuan dengan Germany & India di peringkat kumpulan.

Liew Daren, bekas juara Terbuka Perancis 2012. Pemain perseorangan ke-3 negara.


Quarter Final

7) Malaysia vs Denmark pada quarter final dengan kemenangan 3-1. Mata disumbangkan oleh perseorangan pertama Dato’ LCW, perseorangan kedua Chong Wei Feng, dan regu kedua pasangan Goh V Shem & Tan Wee Kiong.

Semi Final

8) Paling mendebarkan sebab pertemuan antara Malaysia vs Indonesia di semi final. Dua-dua negara ni kalau jumpa dalam sukan mesti boleh bawak bergaduh

9) Kemenangan milik Malaysia hanya dengan 3 perlawanan pertama yang berjaya menumpaskan Indonesia 3-0. Mata disumbangkan oleh Dato’ LCW slps menewaskan Tommy Sugiarto, pasangan regu pertama Tan & Hoon (berjaya tundukkan pasangan Ahsan & Hendra setiawan selaku #1 dunia), dan juga oleh Chong Wei Feng yang menumpaskan Rumbaka.

Final

10) Pada malam final, prestasi Dato' LCW sememangnya tak dapat nak disangkal. Sangat bertenaga seperti selalu, dan sesuai dengan ranking dunia #1 yang diunggulinya sehingga kini. Kenichi Tago wakil Jepun memang dah selalu kalah dengan Dato’ LCW, jadi mungkin dari segi mental Dato LCW memang dah rasa boleh makan je Tago ni. Kemenangan pertama milik Malaysia (1) dan Jepun (0)

11) Seterusnya regu pertama Tan & Hoon bermain sangat cemerlang dalam game pertama menentang regu Jepun. Saya rasa mudah kita nak kutip mata ke 2. Tapi malangnya Tan & Hoon tak bersungguh macam first game menyebabkan Jepun menang set ke-2, permainan drag ke game ke-3 dan setelah bermatian-matian berjuang, Malaysia tumpas di tangan regu Jepun, menjadikan kita seri 1-1.

12) Pertemuan ke-3 iaitu perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng yang sememangnya pemain yang diramalkan sebagai bakal pengganti Dato LCW menentang Kento Momota. Dua-dua ni pemain kidal. Sayang seribu kali sayang, mungkin Chong Wei Feng agak pressure dengan tanggungjawab yang digalas, akhirnya dia tak dapat perform dengan baik sebagaimana perlawanan-perlawanan di peringkat sebelum ni. Kento Momota menang menjadikan Jepun mengatasi Malaysia dengan agregat 2-1.

Chong Wei Feng, pemain perseorangan ke-2 negara yang berpotensi menggantikan Dato' LCW


13) Di saat ni Jepun dah boleh senang duduk sebab cuma perlukan 1 mata shj lagi untuk menang,tapi saya memang menantikan kemunculan regu kedua negara iaitu Goh & Tan. Dari awal memang pasangan ni bermain sangat bijak dan pantas. Nampak lebih berstrategi dan menarik daripada permainan regu pertama Tan & Hoon. Seperti yang diramalkan, Malaysia menang selepas mereka berhempas pulas main 3 set dengan Jepun. Tak sangka jugak regu kedua Jepun main dahsyat.

Goh V Shem (kanan) dan Tan Wee Kiong merupakan antara regu terbaik negara


14) Sebenarnya masa Jepun dah dapat 2-1 tadi saya memang dah rasa kita tak boleh menang sbb pada perlawanan perseorangan ketiga nanti dengan prestasi Liew Daren, memang macam dah boleh ramal susah nak menang. Tapi siapa tahu mungkin di final ni dia akan perform? Akhirnya ianya menjadi kenyataan. Takde beza corak permainan yang ditonjolkan berbanding game-game yang dia kalah sebelum-sebelum ni. Walaupun nampak lawannya Ueda dari Jepun tu memang belum cukup tangkas, tapi Liew Daren lebih mengecewakan dari segi kekuatan mental dan tindakan. Selalu bagi shuttle out dan return yang dah boleh dijangka.

15) Malaysia sekali lagi kecewa selepas kali terakhir 2002 kekecewaan itu diletakkan atas bahu Roslin Hashim, sejarah yang sama iaitu tewas pada perlawanan akhir selepas seri 2-2 dengan Indonesia.

Ulasan

16) Secara positifnya saya sebagai rakyat Malaysia memang akan cakap “Takpe Daren, kau dah buat yang terbaik untuk Malaysia”. Tapi saya tak akan cakap macam tu sebab prestasinya memang mengecewakan sejak dari awal lagi.

17) Liew Daren bukan pemain calang-calang. Mula diangkat selepas menang Terbuka Perancis 2012. Dia dah pernah lawan nama-nama besar dalam kejohanan utama dunia contohnya Lin Dan dan sekurang-kurangnya menang salah satu set.

18) Di facebook tiba-tiba ramai yang mula bercakap tentang badminton, tentang ranking, dan kewibawaan Liew Daren. Ada yang mempolitikkan isu ni. Antaranya ini yang dikongsikan:

Ranking BWF buat masa ini berdasarkan point yang dipungut setiap kali menyertai perlawanan


19) Mengapa Liew Daren pada ranking #66 boleh wakil Malaysia sedangkan Misbun Ramdan (#54) dan Zulfadli (#61) tak dihantar?

20) Baiklah. Ranking oleh Badminton World Federation (BWF) itu bergantung pada mata yang dipungut sepanjang para pemain ni menyertai mana-mana kejohanan. Contohnya Dato LCW sangat banyak tournament yang beliau sertai, dan hampir kesemuanya menang, maka banyaklah point yang dipungut. Point paling banyak diberi ialah kepada pingat emas olimpik.

21) Kita buat sedikit perbandingan; 2 terbaik dunia buat masa ini bagi saya iaitu Dato LCW dan Lin Dan (China). Ranking semasa Lin Dan ialah #58. Eh, takkan la Misbun Ramdan lagi hebat? Sebagai info tambahan Lin Dan merupakan satu-satunya pemain dalam sejarah badminton dunia yang telah 5 kali muncul juara dunia, 2 kali pingat emas olimpik, beberapa kali juara All England, dan juga China telah banyak kali bawa balik Piala Thomas.

Lin Dan (China) 2x pingat emas olimpik, 5x juara dunia, dan 5x juara All England


22) Lin Dan tak pentingkan ranking, hanya pentingkan kejohanan-kejohanan besar. Jadi sepanjang dia berehat dan tak join tournament, Dato LCW terus join semua kejohanan yang ada dan terus memungut point untuk mengekalkan kedudukannya di #1 ranking BWF.

23) Sebagai info, Dato’ LCW sendiri mengaku dia masih tak sempat merasa 3 titles iaitu pingat emas olimpik, juara dunia, dan Piala Thomas, sedangkan Lin Dan dah merasa semua tu.

Antara Liew Daren, Zulfadli, dan Misbun Ramdan

24) Secara peribadi (maaf jika ada yang tidak bersetuju), walaupun saya sangat kecewa dengan prestasi Liew Daren, tapi memang dia antara pemain yang berpotensi besar buat masa ni.

25) Walaupun antara mereka bertiga ranking Misbun yang terbaik, tapi dia hanya banyak mencipta kemenangan di peringkat junior sedangkan Liew Daren dah bermain di peringkat senior. Mungkin juga sebab Ramdan kurang diberikan peluang untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi menjadi punca dia tidak begitu menonjol.

Misbun Ramdan, anak kepada bekas jurulatih negara Misbun Sidek


26) Zulfadli pula yang mula diangkat selepas menang Asian Junior Badminton Championship pada tahun 2011 dan selepas itu tidak ada melakar sebarang kemenangan, hatta di peringkat nasional sekalipun. Jadi di mana tahap dia sebenarnya dalam ranking dunia kalau dalam negara sendiri masih susah nak muncul juara?

Zulfadli Zulkifli, bekas Juara Asian Junior Championship 2011.


27) Mungkin ada betulnya saya ada terdengar cerita-cerita yang mengatakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memang cuba sekat anak-anak melayu sekali lagi naik dalam sukan badminton sebagaimana cemerlangnya Anak-Anak Sidek yang kita ketahui. Tapi secara realitinya, memang betul-betul berkualitikah permainan pelapis-pelapis anak melayu ini berbanding pemain cina yang mendominasi barisan utama negara?

Izuan Ibrahim, Anak Melayu coach Jepun

Izuan Ibrahim bersama pasukan yang dilatihnya di Jepun


28) Berlegar-legar juga di facebook tentang seorang anak melayu iaitu saudara Izuan Ibrahim yang rupa-rupanya bekas anak didik dalam team Nusa Mahsuri (milik Misbun Sidek) yang kini telah hampir 4 tahun menjadi jurulatih pasukan Jepun

29) Saya cukup berbangga dengan saudara Izuan ni, ada gak saya tengok fb dan baca blog beliau, memang seorang yang hebat dan humble. Menarik pengalaman yang dirasakannya. Saudara Izuan Ibrahim diundang sebagai coach untuk skuad badminton junior Jepun pada 2011, dan salah seorang anak didiknya pad waktu itu ialah Kento Momota yang kini sudah bermain di level senior.

Kento Momota, pemain muda Jepun yang pernah dilatih oleh Izuan Ibrahim


30) Cuma masalah yang saya kurang gemar ialah apabila ramai pengulas badminton di facebook ni tiba-tiba bangkitkan isu “Kenapa kita tak hargai coach sendiri sampai dia boleh diimport oleh Jepun dan hasilnya kini Jepun berjaya julang Piala Thomas?”

31) Untuk pengetahuan anda, untuk jadi coach sesebuah pasukan utama negara sememangnya memerlukan latar belakang dan pengalaman yang luas.

32) Kita sudah mempunyai ramai coach yang hebat, antaranya Rashid Sidek sendiri. Persoalan yang patut ditimbulkan ialah kenapa dulu Misbun Sidek meninggalkan BAM? Kenapa tidak dijaga betul-betul coach yang telah melahirkan ramai jaguh badminton ini termasuklah Dato LCW sendiri?

33) Saya tidak menyangkal kemampuan saudara Izuan Ibrahim lebih-lebih lagi diundang sebagai coach oleh pasukan Jepun sememangnya satu penghormatan yg tinggi. Cuma Malaysia ialah antara negara yg terunggul dalam badminton dan kita memerlukan coach yg betul-betul berpengalaman luas.

34) Apapun kemampuan saudara Izuan Ibrahim sememangnya terbukti kerana Jepun yg pada asalnya bukan negara yang top rank badminton kini mula mencipta sejarah badmintonnya yang tersendiri dengan melahirkan ramai pemain bertaraf dunia, termasuklah anak didiknya dahulu Kento Momota yang telah berjaya menewaskan pemain kita pada final Piala Thomas 2014 ini. Tahniah saudara Izuan Ibrahim! I'm so proud of you !!

Beginilah sedikit sebanyak ulasan dan celoteh saya sepanjang mengikuti perkembangan Piala Thomas 2014 ini. Sebagai peminat tegar sukan badminton, saya rasa kecewa sebab untuk sampai ke final bukanlah jalan yang mudah untuk Malaysia jika China masih berada di laluan. Tapi nampaknya memang belum rezeki kita lagi untuk bawa pulang Piala Thomas buat kali ke-6, dan sememangnya semangat kamikaze yang ditunjukkan para pemain Jepun patut diberikan pujian.

Sekian sahaja daripada saya pengulas amatur yang cuma pandai cakap tapi bukan tau main pun. Haha. Ok terima kasih. Assalamu'alaikum :)


You may also like

1) Umum sedia maklum 25 Mei 2014 yg lepas Malaysia telahpun tumpas kepada Jepun 3-2 dalam kej...

No comments: