/
0 Comments
Assalamu'alaikum,

1) Ini merupakan salah sebuah lagu yang dipertaruhkan dalam album Koleksi Nasyid Indie Vol. 3 'Simbolik' iaitu Pemilik Hati. Dinyanyikan oleh bakat baru yang popular dengan parody Islami di youtube, Idris Shamsuddin

2) Bakat Idris ni mula dicungkil oleh UNIC dan pernah muncul dalam siri tv Dikir Zikir bersama mereka

3) Untuk album Simbolik ini Idris menampilkan lagu Pemilik Hati ciptaan sepenuhnya oleh saya yang dibawakan dengan gaya nyanyiannya yang tersendiri

4) Bagi mempromosikan album Simbolik ni saya ambil keputusan untuk rakam simple music video Pemilik Hati, dan alhamdulillah shooting ambil masa kurang sejam di UTM Skudai, lepas Idris habis exam pagi tu.

5) Keesokan paginya saya terus edit & alhamdulillah terus upload untuk tontonan semua. Memang cliche style video klip tapi berbaloi dengan zero cost & limited time.

6) Semoga ianya bermanfaat dan dapat memikat hati anda untuk mendapatkan album ini nanti :) Selamat mendengarkan, PEMILIK HATI...






PEMILIK HATI

Di hadapmu berdiri berserah aku
Jasadku setia namun akalku jauh
Melayang enggan terpisah dengan
Indahnya dunia

Wahai Yang Menerima taubat
Sedarkanku dari terlewat
Dari dosa yang telah kubuat
Dalam fana keasyikan nikmatMu

Wahai Yang Membalikkan hati
Jangan Kau palingkanku dari
Sisi yang takkan dilihat olehMu
Di sana nanti

Ya muqallibal qulubana
Tsabbit qulubana 'ala diinik

Wahai Yang Membalikkan hati
Tetapkannya dalam agamaMu


Artis: Idris Shamsuddin
Lagu/lirik/susunan muzik : Halim Ahmad


You may also like

Assalamu'alaikum, 1) Ini merupakan salah sebuah lagu yang dipertaruhkan dalam album Koleksi Nasyid Indie Vol. 3 'Simbolik' iai...

No comments: