/
2 Comments
Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah dah masuk tahun 2015 & permulaan yang baik untuk tahun ni bilamana lagu saya Dalam Sujud Cintaku berjaya ke pentas akhir Anugerah Nasyid IKIM Fm 2014 yang telahpun berlangsung dengan jayanya di Putrajaya International Convention Cenre (PICC) pada 10 Januari 2015 yang lepas. Walaupun tak menang, tapi alhamdulillah satu pengalaman yang sangat menarik & banyak perkara baru yang saya belajar.

ANUGERAH NASYID IKIM FM 2014



1) Dahulu dikenali sebagai Anugerah Carta Nasyid Ikim dan pernah dianjurkan sebanyak 2 kali (2004 & 2005) yang masing2 dimenangi oleh Rabbai & Mirwana

2) Selepas 10 tahun, IKIM dengan bantuan penaja2 utama antaranya InterXS group kembali mewujudkan semula anugerah ini tapi dalam skala yang lebih besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) TV3.

3) Antara yang menarik dan penambahbaikan yang dibuat berbanding anugerah terdahulu ialah siaran langsung terus melalui TV Al Hijrah, tempat yang lebih grand ditaja oleh PICC sendiri, hadiah2 yang agak lumayan berbanding dahulu, para juri profesional yang sememangnya sinonim dengan industri muzik, muzik yang dimainkan secara live diketuai oleh Lok U, konsep persembahan dengan props yang gempak serta kebebasan idea yang diberikan oleh event manager, dan banyak lagi.

4) Seperti dulu juga, 10 lagu yang terpilih ke pentas akhir disenarai pendek daripada lagu-lagu yang pernah masuk carta selama setahun setengah, kemudian disaring kepada 30 lagu, dan daripada 30 lagu tu 7 orang juri profesional pilih 10 sahaja.

5) Antara lagu yang terpilih ialah Dalam Sujud Cintaku (Halim Ahmad), Kasih Padamu & Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun), Tangis Sebatang Tamar (Daqmie), Seiring Sehaluan (UNIC), Al Haq Yang Satu (Mawi feat. Dato' AC), Iman Aman (InTeam), Maafkan Aku (Nowseeheart), Rindu Ini (Du'a Feat Ust Amal, Anas Tahir, Alkautsar, dan Azfar OIAM), dan Ucaplah Alhamdulillah (Amirul Haswendy).

6) Senarai pemenang: Lagu Terbaik (Tangis Sebatang Tamar), Lagu Kedua (Seiring Sehaluan), Lagu Ketiga (Kasih Padamu), Lirik Terbaik (Tangis Sebatang Tamar), Lagu Pilihan Pendengar (Kasih Padamu), Artis Duo/Kumpulan Pilihan Pendengar (Nowseeheart), Artis Solo Pilihan Pendengar (Hafiz Hamidun), Vokal Terbaik (Daqmie), Artis Baru Terbaik (Du'a).

7) Persembahan malam itu turut diserikan dengan nyanyian oleh Dato' Hattan, Tomok, Hazama, Hj Noh, dan Alif Satar.

DALAM SUJUD CINTAKU





1) Lagu saya ini merupakan satu-satunya lagu yang bertanding yang dicipta sepenuhnya & dinyanyikan sendiri oleh saya seorang.

2) Pada peringkat perbincangan tentang gimik, kalau ikutkan banyak idea nak bagi tapi memandangkan lagu ni slow dan banyak bermain dengan feel, so saya ringkaskan dengan beberapa props yang simpe iaitu 50 biji mentol atas lantai, dry ice (asap-asap yang dekat lantai), dan visual lantern pada skrin LED. Itupun semua props tu menelan belanja lebih kurang RM 3000 (boleh bayar kereta beberap bulan). Huhu..Tapi takpe, seumur hidup sekurang-kurangnya pernah merasa sekali. InsyaAllah ada rezeki boleh merasa lagi lepasni.

3) Pakaian saya ditaja oleh MAAF Apparel (InsyaAllah butik perusahaan saya dan isteri yang akan dimulakan tak lama lagi). Actually ada 2 set baju, 1 dari Bandung & 1 lagi dari India. Tapi lepas pilih-pilih saya ambil yang Bandung punya sebab design ikut saya dan fitting badan sendiri.

4) Sepatutnya giliran persembahan saya malam tu nombor 2, InTeam perform pertama. Tapi disebabkan masa rehearsal lebih kurang 1,2 hari sebelum hari kejadian props saya tak siap lagi (supplier tak hantar lagi), jadi pihak event tak perasan betapa rumitnya kerja nak susun mentol-mentol tu atas lantai. Tengahari sabtu tu baru prop saya ada sepenuhnya, dan masa tu jugakla event manager mintak tukar giliran persembahan saya kepada no 1 supaya senang nak setting props.

5) Walaupun kena giliran pertama, saya cuba yakinkan diri untuk perform yang terbaik memandangkan giliran pertama sememangnya akan jadi penanda aras atau benchmark pada persembahan-persembahan lain. Alhamdulillah, saya dapat buat yang terbaik untuk diri saya. Ada yang kata saya nampak macam nervous, tapi rasanya saya tak rasa nervous sebab dah banyak kali kitorang rehearsal di pentas yang sama dengan ramai penonton. Cuma mungkin nak dapatkan feel lagu tu menyebabkan saya kena berekspresi macam resah/takut/cemas/gundah.

Tahniah kepada rakan-rakan pemenang. Anda semua memang sangat-sangat layak dengan pengalaman, ilmu, dan bakat yang ada, sememangnya keputusan para juri memang tepat. Terima kasih buat para juri dan mereka-mereka yang terlibat untuk anugerah ini, yang telah memilih lagu Dalam Sujud Cintaku sehingga ke tahap ini. Saya sangat berharap anugerah sebegini diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang, dan lebih ramai penaja yang membuka mata melihat industri nasyid juga ada peminatnya yang tersendiri.

Boleh klik pada link di bawah ni utk lihat persembahan saya. Terima kasih dan jumpa lagi. Wassalam :)

(Gambar-gambar kredit kepada Tuan Hj Saharom Bin Abd Aziz)

Halim Ahmad - Dalam Sujud Cintaku (Live @Anugerah Nasyid IKIMFm 2014)


You may also like

Assalamu'alaikum, Alhamdulillah dah masuk tahun 2015 & permulaan yang baik untuk tahun ni ...

2 comments:

Hilmi Halid said...

Mabrook , bro ! Takpa2 , mungkin ini satu permulaan yg baru utk saudara tampil secara solo . Memang tak dapat dinafikan bhw mereka2 yg lain memang sudah punyai pengalaman , ilmu serta bakat yg dah established . Namun , bakat yg ada pd diri saudara juga tidak ada kurangnya . Kami di sini memang amat menantikan semula kegemilangan zaman nasyid yg dah lama dikatakan 'sepi' dr arus media massa . Semoga dgn kehadiran tahun 2015 dapat membuka lembaran baru kepada para penggiat nasyid tanah air supaya lebih menghasilkan karya2 yg dapat berdiri sama tinggi dgn ritma2 muzik yg lain . In shaa Allah , Amin . Wallahu'alam

redzx said...

Insya Allah ia sbgai penanda aras untuk hasilkn sesuatu yg lebih terbaik lepas ni sheikh.. Pendrive berjasa jgk tuuu hahaha