/
0 Comments



1) Assalamu'alaikum warahmatullah. Sebenarnya saya rasa malas dah nak menulis di blog, tapi memandangkan kalau tengok statistik guest nampak macam ada je orang datang ziarah blog ni setiap hari. Jadi insyaAllah saya akan kembali aktif menulis. Taknak baca pun takpelah. Nak jugak tulis. heh

2) Lagu Aku PerlukanMu ni merupakan single terbaru kami Devotees untuk tahun 2015 ni. Kejap Devotees, kejap Devo. Yang mana satu sebenarnya ye tak?

3) Kami cuba rebrand Devotees (sebutan 'Divotis') kepada Devo (Sebutan 'Divo') supaya lebih mudah orang nak sebut dan ingat. Tapi nampaknya 10 tahun dah pakai nama Devotees memang agak sukar nak ubah. Jadi kami ambil keputusan kita balik semula kepada nama Devotees dan Devo tu kira macam nama panggilan atau nama manja jelah. haha

4) Ok balik semula pada lagu ni. Saya cipta sepenuhnya pada tahun 2012 yang mana sebenarnya nak diberikan kepada seorang penyanyi solo, tapi tak jadi, kemudian saya pula nak bawak solo, pun tak jadi jugak. Akhirnya saya rasa nak bagi Devotees bawak lagu ni. Kita test tengok apa jadi.

5) Alhamdulillah dengan kerjasama abg Sham Kamikaze sebagai music arranger lagu ni, sentuhan ajaib beliau memang sangat bermakna untuk lagu ni kerana pada saya ianya berjaya menaikkan mood keinsafan dan persahabatan, dalam masa yang sama.

6) Lagu ni siap dirakamkan pada akhir 2013, sebelum Shauqi sambung belajar di UK. Tapi disebabkan saya pun ada banyak komitmen, maka tertunda untuk release sehinggalah lebih kurang bulan Oktober 2014 baru siap mastering. Mastering juga kami gunakan khidmat studio di Australia. Engineer yang mastering lagu ni ialah Matthew Grey. Saya cuma berhubung dengan beliau secara online dan alhamdulillah kualiti serta sound yang dihasilkan memang mantap!

7) Bulan Oktober tu juga lagu Aku PerlukanMu ini versi full mula dijual di iTunes, Spotify, dan beberap online streaming yang lain. Dan pada bulan yang sama juga baru kami shoot video klip dengan kerjasama Rio Production. Rakaman dijalankan di sekitar Masjid besi Putrajaya bermula selepas isya' sehingga jam 12tengah malam.

8) Memandangkan industri nasyid tengah sibuk dengan penganjuran Anugerah Nasyid IKIM Fm 2014, jadi saya selaku pengurus produksi dan juga finalis anugerah tersebut merasakan tak berapa sesuai nak release lagu ini waktu tu. Sebab mengikut Dj Erwan IKIM katanya lagu-lagu baru yang dihantar waktu tu mungkin kurang dimainkan sebab nak fokus pada penganjuran anugerah dan lagu-lagu yang bertanding.

9) Awal Januari 2015 selepas selesai Anugerah Nasyid IKIM Fm 2014 saya pun dah dapat master copy untuk video Aku PerlukanMu ni daripada Rio Production, saya terus upload ke Youtube kerana saya rasakan inilah masanya Devotees perlu comeback dengan buah tangan baru untuk peminat bagi tahun 2015 ni.

10) Oh ye, ramai bertanya kenapa 3 orang je dalam videoklip. Jawapannya sudah tentulah masa video klip ni dirakamkan Shauqi masih ada di UK. Jadi saya kira tak jadi isu besar sebab kami masih lagi berempat, dalam lagu pun ada suara Shauqi, cuma tak ada rezeki nak ada sama dalam video klip.


Akhir kata semoga lagu ni akan menaikkan semula nama Devotees di kalangan para peminat nasyid tanah air. Kami tak pernah sunyi cuma mungkin industri nasyid agak suram sikit 2,3 tahun ni. InsyaAllah lepas ni kita sama-sama bantu sebarluaskan lagi lagu Aku PerlukanMu ini. OK terima kasih kerana membaca. Assalamu'alaikum :)


You may also like

1) Assalamu'alaikum warahmatullah. Sebenarnya saya rasa malas dah nak menulis di blog, tapi m...

No comments: