/
0 Comments




Assalamu'alaikum,



1. Single saya untuk 2016 ni berjudul Hai Anak



2. Dapat idea lagu masa spontan jamming ukulele dengan anak bujang saya, Muhammad Alexander Al Fateh.



3. Hobi kami memang nyanyi sama-sama + main alat muzik. Dalam masa yang sama buat rakaman video jugak.



4. Lepas beberapa kali dengar ulangan rakaman, rasa menarik untuk diketengahkan sebab kalau ikut pengalaman, lagu-lagu yang Allah ilhamkan spontan ni ada potensi pergi jauh.



5. Alhamdulillah lirik pun berjaya siapkan dalam masa kurang 10 minit. Semuanya dipermudahkan sebab ianya kata-kata yang tulus dari hati seorang ayah. (Cewahhh)



6. Susunan muzik oleh saya sendiri dengan dibantu oleh live strings arranger iaitu Faridzz Roli TagiSembilan dan juga line up musician yang terbaik seperti Kelly (bass), Ayie Spider (Drum) dan Along Exists (Solo ukulele).



7. Video hanya dirakamkan di rumah dengan bantuan isteri & Alexander sendiri sebagai model utama. hehe.



8. Sebanyak 3 konsep video telah dibuat separuh jalan, tetapi hanya video ni yang saya rasa memberikan sedikit mood yang sesuai untuk dihayati dengan lagunya.



9. Semoga lagu ini bermanfaat buat semua & jangan lupa kalau suka boleh beli di iTunes atau streaming di Spotify.



Terima kasih :)



..................................................................................................



(Lirik)



Hai Anak

Penyejuk Mata

Penawar Hati

Yang Duka Lara

Teringatkanmu

Menghibur ayah

Juga Mama



Hai Anak

Kau Di Antara

Berjuta Nikmat

Yang Dikurnia

Amanah Buat

Ayah dan Mama

Jariah Kami

Dalam Menuju Ke Syurga



Chorus:

Hai Anak

Kau Dibesarkan

Dengan Kasih Sayang

Dengan Harapan

Menjadi Insan

Yang Beriman

Memberi Manfaat

Buat Seluruh Umat



Hai Anak

Kami Tak Minta

Untuk Hidup Mewah

Cukup Sekadar

Dengan Melihat Dirimu

Engkau Mencintai Allah



............................................................................



'HAI ANAK'

Lagu/Lirik : Halim Ahamd

Susunan Muzik : Halim Ahmad

Penyusun Strings : Faridzz Roli TagiSembilan

Ukulele : Halim Ahmad/Along Exists

Drum : Ayie Spider

Bass : Kelly

Studio Rakaman (Live Music) : Ada Studio

Studio Rakaman (Vokal) : Neurotic Studio

Mixing : Greg Syafiq Henderson

Mastering : CL Toh

Konsep Video/Suntingan/Rakaman : Halim Ahmad

Hakcipta: Neurotic Studio (2016)


You may also like

Assalamu'alaikum, 1. Single saya untuk 2016 ni berjudul Hai Anak 2. Dapat idea lagu masa s...